Sunday 17 July 2011

SUGGIE CLUB

KELAB SUGGIE UTARA

KELAB PEMINAT SUGAR GLIDER UTARA
( KELAB SUGGIE )



AHLI JAWATANKUASA BAGI TAHUN 2011

PRESIDEN
NORFAZLEE BIN OTHMAN

TIMBALAN PRESIDEN
AMIR AFIQ BIN ISMAIL

SETIAUSAHA
LATIFAH BINTI ISHAK

PENOLONG SETIAUSAHA
SITI HAJAR BINTI MOHAMAD YUSOF

BENDAHARI
NUR AINNA BINTI JAMALUDIN

EXCO AKTIVITI
MD FIRDAUS BIN MD MASRE

EXCO KESIHATAN
MOHD ZAHID AFIFI BIN ZAKARIA ANSURI



OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB SUGGIE

  • Mengumpul peminat-peminat SUGAR GLIDER di seluruh utara
  • Merapatkan tali persaudaraan sesama insan
  • Menjadi perantaran dan platfrom bagi ahli-ahli berbincang,berkongsi pendapat dan pengalaman
  • Menganjurkan aktiviti riadah,perjumpaan serta perkhidmatan sosial dan kemasyarakatan
  • Memberikan kesedaran bagaimana pentingnya SUGAR GLIDER dalam kehidupan moden kita



KEAHLIAN

  • Yuran keahlian RM30.00 setahun sahaja
  • Tiada yuran masuk dikenakan
  • Bayaran di buat semasa pendaftaran ahli



HAK AHLI KELAB

  • Boleh mengundi dalam pemilihan AJK kelab
  • Boleh menjadi calon dalam permilihan AJK kelab
  • Melibatkan diri dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab
  • Bolen mengemukakan cadangan,idea,aduan dan isu-isu berbangkit



KEWAJIBAN AHLI KELAB

  • Menghormati,mendukung,mematuhi perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab sepanjang masa dalam semua keadaan
  • Mematuhi,menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat ahli jawatankuasa kelab
  • Menjaga dan mempertahankan nama baik,maruah dan indentiti kelab
  • Memelihara dan menjaga harta benda kelab



PERATURAN-PERATURAN KELAB SUGGIE

  1. Bebas menberi pandangan dan pendapat masing-masing,asalkan tidak melampaui batas budaya MALAYSIA dan undang-undang negara kita
  2. Ahli diharapkan supaya mengamalkan sikap hormat menghormati di antara satu sama lain
  3. Elakkan daripada mengunakan bahasa yang kasar dan kurang sopan serta berbalah sesama sendiri
  4. tidak menyalurkankan bahan haram,lucah,mengancam,menekan,mengugut,menghina,memfitnah atau menabur perasaan benci sesama ahli
  5. Tidaj menjalankan kegiatan haram seperti skim ceoat kaya,skim piramid dan surat berantai
  6. Tidak memberi maklumat salah kepada orang ramai atau ahli tentang objektif kelab
  7. Tiada amalan berpuak-puak (kumpulan lain) sesama ahli
  8. Mengelakkan perilaku yang menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelangaran undang-undang MALAYSIA dan ANTARABANGSA
  9. Mengelakan daripada memasukkan unsur-unsur politik dan sensitiviti yang menyebabkan perbalahan antara ahli



PERANCANGAN KELAB SUGGIE

  • Menganjurkan Pameran Tentang Sugar Glider
  • Mengadakan Perjumpaan Peminat-Peminat Sugar Glider Di Kawasan Utara Besar-Besaran
  • Mengeluarkan Produk Tentang Sugar Glider Seperti
  1. Baju
  2. Topi
  3. Cenderahati
  4. Stiker Kereta dan Motosikal
  • Menganjurkan Perjumpaan Kecil Yang Dikenali " KELAB SUGGIE HOT "


    4 comments:

    1. kg kt kedah tp skunk stay KL..ley join x club nih?

      ReplyDelete
    2. blh je...asalkan awk org utara k...awk dok KL dah lma ka...

      ReplyDelete
    3. so...klu awk nak daftar mcm mna plk...awk msti kna blk kedah k...hehehe...

      ReplyDelete